Wednesday, November 3, 2010

Makan Besar....

Boleh dikatakan jika saya seorang wartawan, saya bakal dibuang kerja tanpa notis 24 jam kerana telah lama tidak menghantar berita. Boleh dikatakan jika saya seorang penulis kolumnis mana-mana majalah, saya juga bakal menerima nasib yang sama juga kerana lama tidak menghantar artikel-artikel terbaru. Dan jika saya seorang penulis novel pula,pasti buku saya tidak akan siap-siap kerana saya lama sekali tidak menulis lagi. Kerana itu lah ALLAH yang MAHA Pengasihi dan Penyayang mentaqdirkan saya menjadi seorang guru kerana itulah kerjaya yang sememangnya paling sesuai untuk saya. ALhamdulillah and thank you ALLAH.

Hakikatnya banyak peristiwa yang saya ingin kongsikan bersama tetapi lantaran kesuntukan masa, banyak peristiwa itu sekadar tersemat di dalam kotak ingatan sahaja. InsyaALLAH ada kesempatan saya berkongsi bersama. Cheh, gaya macam penulis terkenal sahaja....

"Cikgu, awak boleh datang tak majlis perpisahan KRS nanti ?" saya paling sukar untuk menolak permintaan pelajar KRS saya. Mungkin disebabkan beberapa faktor.
(1) kerana pelajar ini sangat bersopan santun dengan saya
(2) saya kasihan dengan pelajar-pelajar yang suka dengan aktiviti kokurikulum, adakalanya sering cikgu-cikgu tak berapa nak join program mereka kerana faktor keluarga dll
(3) kan saya dulu 'gila' berpesatuan semasa alam remaja hingga semua jawatan dalam PPIM itu saya and the geng pulun....huhuhu

"Buat di mana, bila dan jam berapa?" itu memang soalan rasmi para guru-guru.
"Di sekolah cikgu. Mula pukul 9am tapi cikgu datang petang jam 2pm. Kami buat hari Rabu, masa cuti itu nanti" jawabnya sopan. Kesopanannya yang benar-benar memikat hati saya. Dalam kepala saya, masih lagi berfikir-fikir mahu pergi atau tidak. Lagipun saya susah hati bab-bab makanan ini.
"OK. tapi makan macam mana ya?"
"Cikgu jangan risau. Kami settle semua"
"Bukan, maksud saya makan nanti awak tempah di mana ya? Cikgu mau makan juga" balas saya lagi. Memang ujian berada di sekolah SMJK ini ialah makanannya sememangnya perlu berhati-hati. Adakalanya saya gusar apabila ramai di kalangan mereka ingat yang muslim hanya tidak boleh makan 'daging itu sahaja' walhal bukan hanya itu sahaja, malah bekas-bekas masakan pun tidak boleh campur. Ayam pula mesti disembelih. Bagi mereka apabila mereka menyediakan makanan yang ada title 'NO PORK', makanan itu mereka kata HALAL. Walhal bukan itu sebenarnya....
"Kami tempah di kantin cikgu. Halal punya cikgu," Saya tersenyum. Sukar juga untuk menerima kerana tauke kantin itu memang orang cina tulen. Masih saya bimbang.
"OK saya boleh datang. Pasal makanan itu, tak apalah. Saya bawa sendiri ya. Maaf ya, sebab ada makanan awak punya yang saya tak boleh makan ada yang boleh. Maaf ya,"
"Tak apa. OK cikgu,terima kasih"

Dalam hati saya rasa serba salah juga sebenarnya. Pasti saya tidak akan menyekat kebebasan mereka dan hakikatnya saya teringin sekali untuk tidak membuat sebarang 'gap' dengan mereka. Biar mereka rasa senang dengan saya dan begitu juga dengan saya. Tapi yang utama, syariat ISLAM masih lagi dilaksanakan. Lalu saya teringat.....

"Jangan buat tak peduli sahaja kalau mereka servekan makanan yang kita ragu-ragu nak makan. Kan jadi contoh tak baik kalau ramai-ramai cikgu tak makan. Mereka kaum cina takkan faham. Lebih baik jumpa dengan pengetua dan explain kenapa tak boleh itu, kenapa tak boleh ini. Bukannya kita tak mahu makan tapi kita ada perkara yang kita memang tak boleh makan," itu kata abah apabila saya mengadu ada kes kami kena buat jamuan di sebuah hotel yang tiada tanda halal. Jadi selepas cikgu-cikgu dapat tahu, semua tarik diri tak mahu ikut jamuan itu. Dengan tindakan itu, beberapa hari kemudian pihak sekolah segera menukar tempat jamuan dan Alhamdulillah memilih tempat yang ada tanda halal JAKIM. Lalu Alhamdulillah, ALLAH mengilhamkan kepada saya satu perkara.

"Cikgu, jangan lupa jamuan Rabu ini ya," kebetulan keesokan harinya pengerusi KRS menemui saya dan mengingatkan saya tentang jamuan yang bakal diadakan itu.
"Boleh tak cikgu nak buat request?," kata saya tiba-tiba.
"Boleh cikgu. Apa dia cikgu?"
"Tapi, kalau awak boleh sahaja tau. Kalau tak boleh tak apa. Cikgu tak kisah punya,"
"Kenapa cikgu. Boleh punya cikgu,"
"Cikgu mahu buat request. Boleh tak....tapi kalau boleh tau. Kalau tak boleh tak mengapa. Cikgu mahu minta, boleh tak kalau awak belikan makanan untuk dua orang cikgu muslim daripada kedai orang Islam. Untuk dua orang sahaja," dengan sekali nafas sahaja saya meminta.
Dia terdiam sekejap.
"Owh, boleh cikgu,"
"Betul ke, sebab kalau tak boleh tak apa. Cikgu bawa sendiri,"saya memastikan.
"Boleh cikgu,"

Esoknya, saya terjumpa pengerusi itu lagi.
"Betul ke boleh beli untuk saya nasi itu? Sebab kalau tak boleh, tak apa"
"Boleh cikgu. Pasti boleh punya cikgu......" katanya memang yakin. Saya tersenyum sahaja, mudah-mudahan insyaALLAH

Dan Alhamdulillah tadi saya makan nasi daripada kedai India Muslim rasa saya. Sebab lauknya kari ayam, nasi tomato barangkali. SEDAP sangat. Mungkin itu yang mereka rasa special sikit. Tiga orang AJK datang tanya saya , OK tak nasi untuk saya. Sungguh saya tak terkata ketika itu...
"Cikgu, macam mana ok tak?"
"Sangat ok. Sedap. Tapi banyak betul dalam satu ini ya. saya kongsi dengan adik saya. Satu lagi saya bawa balik nanti," kata saya sambil tersenyum,syukur rasanya.
"Kami mahu cikgu makan kenyang-kenyang la, kerana itu letak banyak-banyak,"
"Terima kasih. Mesti mahal awak beli ini kan," memang saya rasa harganya agak mahal sebab aritu masa makan murtabak sahaja di kedai India Muslim memang harganya waduh waduh mahal sungguh.....
"Tak apa...asal cikgu Happy," katanya sambil tersenyum.
"Awak semua pun makan kenyang-kenyang ya"pesan sama sebelum mereka berlalu pergi.

Nasi dua bungkus untuk cikgu dan adiknya

Pandangan sisi....banyaknya hehehe

Ayam yang besar sungguh

Telur rebus pun ada, tersembunyiii....

Alhamdulillah.....kenyang !!! :)

Sunday, September 26, 2010

DUA SAMBUTAN YANG BERBEZA!!!

Hari ini saya ikut mama dan abah saya pergi ke sambutan Hari Raya. Pada permulaannya saya agak berat hendak ikut sebab saya 'malas' sikit. Tapi, demi tidak mahu menghampakan ajakan mama dan abah saya pun ikut sama ke sana. Tempat destinasi kami ialah Rawang. Aduhai, mabuk saya dalam perjalanan. Memang hampir-hampir hendak muntah. Dengan gaya abah memandu.....macam dekat litar formula One..hehehe...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju....

Banner yang menyambut kehadiran kami
'Hari Raya Open House' anjuran PERKIM Cawangan Belia. Itulah sambutan Hari Raya yang kami tujui. Saya pernah beberapa kali mengikut kedua ibu bapa saya ke program-program anjuran PERKIM ini memandangkan abah adalah antara orang kuat PERKIM. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat-sangat kagum apabila melihat orang Cina memakai tudung, orang Cina memakai songkok, orang bangsa Cina memberi salam,mengucapkan Alhamdulillah dan insyaALLAH.... bukan sahaja orang Cina malah orang bangsa India ada juga.

Ada 3 pengerusi untuk majlis ini.Satu untuk bahasa Melayu, bahasa India dan bahasa Cina. Dan mereka ini disatukan dengan satu aqidah. Berucap menggunakan kata-kata Islam. Subhanallah.... macam yang saya katakan, saya kagum dengan kebesaran ALLAH itu.

Ada juga pelajar ISTAC daripada negara China yang
datang ke Hari Raya Open House ini.

Paling saya suka dengan program kali ini ialah ada sajian daripada masakan orang Cina Muslim yang memasak di tempat situ sendiri. Masakan baru yang pertama kali saya makan. Dan dengan seronoknya saya makan mee (saya lupa nak tanya apa nama mee itu) itu dengan menggunakan Chop Stick.

Ini rupa mee itu. Bila makan panas-panas memang berpeluh
saya bila panas, pedasnya terasa maksimum sungguh.

Sayur ini pun saya suka, masakan Cina

InsyaALLAH nanti saya akan kunjungi kedai masakan Cina Muslim itu iaitu Mohd Chan Kedai Makan Cina Muslim di Taman Melawati untuk merasai masakan-masakan Cina Muslim di sana.

Perkongsian pengalaman mereka yang memeluk Islam itu menginsafkan diri saya....

"Saya memeluk Islam....bukan, bukan. Saya kembali kepada agama fitrah saya 12 tahun yang lepas. Sebelum itu saya mengkaji mengenai Islam. Ramai orang kata kalau masuk Islam ertinya masuk Melayu. Itu salah faham kena kasi ubah. Masuk Islam bukan erti masuk Melayu tetapi masuk kepada agama Islam....mengikut ajaran Islam itu - pengakuan salah seorang yang memberikan ceramah itu. Subhanallah

"Masa saya mula-mula memeluk Islam semua jiran saya pandang serong kepada keluarga saya. Mereka kata, anak siapa yang masuk Melayu itu. Hingga ibu saya selama 3 bulan tidak keluar rumah untuk memotong rambut. Jiran-jiran langsung tidak tegur saya. Tetapi saya bersabar sahaja. Dan Alhamdulillah hari ini bila saya keluar pergi pasar kami semua bertegur macam biasa.Saya bersyukur,"
pengakuan salah seorang lagi.MasyaALLAH

"Perkara yang paling susah untuk saya apabila saya masuk Islam ialah susah saya mahu cari makanan yang sesuai dengan selera saya. Hingga pernah setiap hari saya asyik makan nasi lemak sahaja. Hingga emak saya sendiri merasa pelik. Dan syukur saya apabila hari ini telah ada usaha Restoren Masakan Cina Muslim yang menepati selera orang seperti saya. Halal dan masakan Cina. ALhamdulillah"
tambahnya lagi. ALLAHU AKHBAR....

"Di sini saya ingin berpesan, mengingatkan diri saya dan saudara Cina yang memeluk agama Islam agar sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing. Janganlah apabila telah memeluk Islam masih makan di kedai masakan Cina yang tidak halal lagi. Perlu jaga tingkahlaku. Memakai tudung bagi yang perempuan. Kerana kita akan sentiasa diperhatikan oleh kawan-kawan kita yang bukan Islam....,"
tambahnya lagi. Ya ALLAH, pesanan itu seharusnya untuk yang telah lama menganut agama Islam juga. ALLAHU RABB.....

"Nampak bersih je dorang ni ye ,"
Mama berkata kepada saya.


Rupa-rupanya mee yang kami makan itu memang dibuat sendiri seperti dalam gambar yang saya upload ini. Saya mati-mati ingat mereka guna mee maggi sebab memang rasa macam mee maggi. Subhanallah rupa-rupanya mee tu diadun dan direbus kat situ juga. Subhanallah. Memang sedap...sedap sangat....Alhamdulillah.

Disamping itu ada juga disediakan demo kaligrafi cina tetapi ditulis dengan tulisan jawi. Jadi kami ambil kesempatan meminta Encik itu menulis nama abah .....

Sambutan raya beberapa tahun lalu di rumah kami

Dan malam tadi saya sekali lagi pergi ke sambutan hari raya lagi. Kali ini di sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan rumah saya. Saya duduk menemani emak saya di meja VIP yang disediakan. Memang ramai yang hadir. Dan meriah dengan kehadiran pelbagai golongan. Tapi....di akhirnya ada perkara yang memeranjatkan saya telah berlaku. Di akhir majlis tersebut, seorang VIP yang dijemput hendak balik. Belum lagi keluar dari Dewan masjid tersebut, VIP tersebut mengeluarkan rokok sambil mengepit di bibirnya. Saya teringat pula ada satu papan iklan di masjid tersebut yang meletakkan bahawa Merokok itu Haram. Memang ada khilaf tentang hukumnya sebelum ini tetapi yang saya dengar-dengar ada ulama yang menjatuhkan hukumnya haram kerana memudharatkan. Itu masih lagi saya boleh berkompromi kerana hukum itu ada kata masih khilaf. Yang saya benar- benar....benar-benar tidak boleh sama sekali saya berkompromi ialah sebelum keluar itu VIP tersebut bersalam-salaman dengan 'ustazah' di situ dan muslimat yang duduk juga di meja VIP satu demi satu.Yang itu memang JELASNYA HARAM.... Emak saya cepat-cepat menarik saya keluar....

Tatkala saya cepat-cepat keluar itu, saya bercakap kepada Mama
"Ala...patut biar je VIP tu hulur tangan dia. Kemudian cakap kuat-kuat....TAK BOLEH SALAM. HARAM. BERDOSA, NANTI MASUK NERAKA,"- pinjam ayat Abdurrahman sekejap (Nanti masuk neraka)

ALLAHU AKHBAR....itulah Dua Sambutan Hari Raya yang sungguh berbeza....

~teringat saya kepada sikap pengetua saya yang sangat-sangat menjaga sensitiviti orang Islam. Semasa memberikan hadiah di hadapan perhimpunan, kepada guru-guru Islam perempuan, pengetua tidak sama sekali menghulurkan tangannya untuk bersalam. Itu sikap pengetua Cina yang bukan beragama Islam...
Semoga ALLAH memelihara kita semua mengamalkan syariat yang terkandung di dalam Islam dengan sebenar-benarnya. AMIN ya ALLAH

Saturday, September 25, 2010

MINGGU YANG SANGAT-SANGAT SIBUK....

Minggu ini memang terasa kesibukkannya. Bila masa sibuk ini baru terasa, kenapa masa dirasakan seperti langsung tidak mencukupi. Ke sana ke mari. Bangun dari tidur terus siapkan kerja-kerja. Tidur kadang kala dengan kerja yang masih terbentang. Adakalanya hingga terbawa-bawa buku-buku bersama-sama. Makan pun teringat kerja. Berjalan pun teringat-ingat kerja. Tapi ALhamdulillah kerana akhirnya semua kerja selamat diselesaikan dengan mengikut masa-masa yang telah ditetapkan. Segala kesyukuran hanya layak diberikan kepada ALLAH semata-mata. Bagi saya, semuanya dengan izin ALLAH atas keizinannya juga.

Dalam minggu ini selepas cuti berhari raya , kami semua para guru-guru perlu menghantar buku-buku kepada pentadbir untuk semua kelas yang kami mengajar. Dalam bulan-bulan akhir sebelum sesi tahun ini berakhir kebanyakan para pelajar ada sindrom 'kemalasan' yang agak luar biasa sedikit. Jadi, tugas kami adalah 'mengejar' pelajar-pelajar ini dengan sekuat kudrat kami agar para pelajar menghantar buku-buku yang telah ditetapkan. Masa inilah tertunjuk, ada yang belum pernah menghantar buku mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh guru masing-masing....

"Letih la kalau macam ni. Belum pernah hantar buku pun. Aduhai, nak kena menanda dari awal ni..."


Itulah antara rungutan kami.... hehehe.

Ada juga yang menemani saya semasa saya 'menyiapkan' buku-buku pelajar saya.....

Lihatlah si peneman saya ini. Tapi, tidur atas buku-buku saya

Lenanya.....

Datang yang lagi satu 'konon-konon' nak teman saya

tapi.....tolong gigit pen merah saya

terpaksa lah saya pegang tangannya....

Dan akhirnya ALhamdulillah, saya berjaya menyiapkan kerja ini menghantar kesemua buku-buku pelajar mengikut masa yang ditetapkan. ALLAH yang memudahkan segala urusan....

Selesai sahaja menyiapkan kerja-kerja buku pelajar, saya pula perlu mengulangkaji untuk peperiksaan akhir saya pengajian Sijil Usuluddin yang saya ambil di UM. Sebenarnya saya dahpun belajar-belajar sikit sebelum ini, tapi bila berkejar dengan buku-buku pelajar ini membuatkan saya hold sekejap-sekejap ulangkaji saya. Inilah buku-buku yang perlu saya ulangkaji.... ALhamdulillah saya dapat istiqamah menghadiri kuliah-kuliahnya sebelum ini walaupun memang diakui pernah rasa nak 'rebah' juga kerana masa dan waktu kuliah adalah waktu petang, hujung minggu yang merupakan 'alangkah enaknya berada di rumah'

Boleh dikatakan kuliah yang dibawakan oleh ustaz agak santai sesuai dengan tahap kami yang pelbagai latar belakang dan usia yang berbeza-beza. Secara jujurnya saya tersangat kagum dengan rakan-rakan sekuliah saya yang terdiri daripada mereka yang berusia lebih daripada saya, mungkin 10 atau 20 tahun tua dari saya namun, semangat mereka kental untuk menuntut ilmu. Ada yang tersenguk-senguk mengantuk semasa kuliah. Tidak kurang yang bersemangat bertanyakan soalan-soalan yang mencabar.

Semoga ALLAH memberkati setiap ilmu yang saya perolehi Ya ALLAH, membawa manfaat untuk diri saya amalkan dan untuk saya sebarkan kepada mereka yang berada di sisi saya insyaALLAH....AMIN

~sedihnya, 3 jemputan hari raya tidak dapat saya penuhi...., sebab hari ini saya ada peperiksaan. Mohon maaf telah diberikan. Moga dapat bertemu di kesempatan yang lain insyaALLAH.



Thursday, September 9, 2010

ESOK RAYA ???




"Allah Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Dan ALLAH Maha Besar, dan bagi ALLAH segala puji"

"ALLAH Maha Besar, dan bagi ALLAH puji banyak-banyak, dan Maha Suci ALLAH pada waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Kami tidak menyembah selain-Nya dengan ikhlas agama bagi-Nya walaupun dibenci oleh orang musyrik. Tiada Tuhan melainkan ALLAH yang satu,membenarkan janji-Nya , menolong hamba-Nya, memenangkan tentera-Nya dan mengalahkan tentera musuh. Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar dan bagi ALLAH segala puji."

Yang saya tulis di atas tu adalah maksud bagi lafaz takbir raya. Saya mencari-cari juga cara untuk menaip dalam tulisan arabnya tapi....

Takpe...abaikan.(sebenarnya tak pandai nak buat)

Sebenarnya sebaik sahaja pemberitahuan bahawa hari raya akan jatuh pada hari Jumaat satu zup perasaan sedih terasa dalam hati saya. Saya rasa bukan hanya saya sahaja yang merasai perasaan tersebut malah turut dirasai oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Apa yang terlintas di fikiran saya, masih ada peluangkah saya menemui Ramadhan Karem akan datang ? Jika masih ALLAH memberikan peluang untuk bertemu lagi adakah kondisi kesihatan saya masih baik? Bagaimana dengan kondisi masa saya ketika itu? Bagaimana dengan Ramadhan yang bakal berlalu hari ini? Tiada lagi malam-malam yang dihidupkan dengan solat tarawikh lagi selepas ini. Masjid-masjid mungkin akan sunyi daripada aktivit tadarus seperti yang dijalankan pada bulan Ramadhan Karem ini. Tiada lagi bangun sahur seperti hari-hari biasa. Tiada lagi majlis berbuka puasa seperti hari-hari sebelum ini.... terimbau kembali pada hari pertama 1 Ramadhan....Ya ALLAH cepatnya masa berlalu.....

Adakah terkesan jiwa saya dengan sesi-sesi tarbiyah daripada madrasah Ramadhan Karem ???

Dikhabarkan bahawa jika para sahabat mereka akan berasa sedih dengan pemergian bulan Ramadhan Karem ini. Dan sentiasa membuat penilaian sejauh manakah ibadat puasa dan ibadat-ibadat yang lain yang telah mereka jalankan sebelum ini. Dan perbanyakkan berdoa agar ALLAH menerima amal ibadat dan diampuni dosa-dosa. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Daripada Abu Aiyub al- Ansari r.a : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan enam hari pada bulan Syawal; nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun," (Muslim)

Maka marilah kita sama-sama memanjangkan puasa bulan Ramadhan kita dengan berpuasa sunat 6 Syawal insyaALLAH. Mudah-mudahan insyaALLAH saya tidak akan terlepas peluang untuk berpuasa sunat sebanyak 6 hari pada bulan Syawal pada tahun ini kerana pada tahun hadapan saya tidak ada jaminan bahawa saya akan bertemu lagi dengan bulan Syawal. Jika ALLAH mengizinkan saya bertemu lagi, saya tidak ada jaminan bahawa saya mempunyai kesihatan yang baik yang memberikan kemampuan untuk saya menunaikan ibadat tersebut juga.

Daripada Abdullah bin Amr r.a , Nabi SAW bersabda: "Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, ganjarannya ialah puasa setahun"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan mudah-mudahan juga kita dapat beristiqamah untuk menunaikan ibadat sunat puasa pada 3 hari setiap bulan. Ada yang kata hari-hari tersebut dipanggil sebagai hari-hari putih

Abu Dzarr r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda : Jika kau puasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada tanggal 13, 14,15 pada bulan itu (At-tirmidzi)

Qotadah bin Milhan r.a berkata : Adanya Rasulullah SAW menyuruh kita puasa hari-hari putih iaitu 13,14,15 tiap bulan (Abu Dawud)

Dan insyaALLAH mudah-mudahan kita istiqamah untuk menunaikan ibadat puasa sunat hari Isnin dan hari Khamis insyaALLAH.

Dan jangan lupa bagi yang meninggalkan puasa, jangan lupa segera mengqada'kan puasa ya. Janganlah kita menunggu sehingga saat-saat akhir baru kita hendak mengqada'kan puasa, bimbang jika ada perkara lain pula yang bakal berlaku....

"Cikgu, macam mana ye??? Saya tengah period sekarang. Ada lagi 3 hari saya belum qada' puasa saya tahun lepas"
Ada seorang pelajar perempuan yang agak rapat dengan saya mendekati saya lalu bertanyakan soalan tersebut. Soalannya ditanya kepada saya dan ketika itu, keesokkan harinya merupakan tarikh 1 Ramadhan. Saya beristighfar panjang. Namun saya bersyukur kerana pelajar ini bertanyakan segera soalan ini kepada saya. Kerana jika dia mengabaikan soalan tersebut maka lama-kelamaan makin banyak pembayaran fidyah yang dia kena lakukan.

"Xpe. Nanti lepas Ramadhan ini, awak kena terus ganti puasa yang awak tak sempat ganti tu. Dan awak kena buat pembayaran fidyah. 1 cupak beras untuk setiap 1 hari yang awak tinggalkan. Boleh hubungi pusat zakat atau pun tanya pada masjid-masjid yang berdekatan rumah awak. InsyaALLAH nanti dia tolong. Tapi awak kena ganti cepat tau sebab denda fidyah tu akan berganda kalau awak tak ganti puasa sampai kalau jumpa dengan Ramadhan akan datang pula. "
Terang saya ringkas.

Teringat kepada kuliah Ustaz Irwan di madrasah rumah saya. Ustaz dihubungi oleh seorang wanita bertanyakan mengenai puasanya yang tidak diqada'kan selepas hampir 20 tahun kerana ketika itu dia melahirkan anak. Dan hari itu baru dia menyedari kesilapannya lalu bertanyakan kepada ustaz bagaimana harus dia mengatasinya. Lalu Ustaz Irwan memberikan penjelasan sejelas-jelasnya kepada kami yang mendengarnya. Sayangnya, saya pening dengan pengiraan yang ditunjukkan oleh Ustaz dan kena belajar semula untuk kes ini. Mungkin saya belum pernah berjumpa dengan kes seperti ini sebelum ini.

Dan akhirnya saya mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin. Moga-moga ibadat kita diterima ALLAH dan segala dosa-dosa kita diampunkan oleh ALLAH SWT. Tepat Maghrib nanti, maka dugaan kita makin besar kerana ketika itu kerana syaitan laknatullah akan kembali semula. Moga-moga ALLAH memberikan kita kekuatan untuk menghadapi hari-hari akan datang.






Monday, September 6, 2010

Hari Ke-27 Ramadhan 1431H

Lama saya tak menulis di blog. Memang sibuk rasanya sebelum ini. Di sekolah dengan pelajar yang mengambil peperiksaan, saya perlu sediakan kertas-kertas peperiksaan dan menanda jawapan-jawapan. Dan akhirnya ALhamdulillah 3 September sekolah berakhir, cuti panjang. Hilang sebentar rasa lelah dalam hati.

Sedar tak sedar dah masuk hari yang 27 Ramadhan dah hari ini.... Sayu saya rasa di hati sebenarnya sebab jika dihitung memang saya rasa banyak kurangnya Ramadhan saya kali ini.... Dan saya benar-benar mengharap ALLAH menerima segala amal ibadah saya dan mudah-mudahan tergolong dalam golongan orang yang bertakwa.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ini....beberapa hari sebelum cuti sekolah tiba-tiba sahaja saya sakit tekak sehingga hari terakhir persekolahan, hari Jumaat suara saya hilang...
"Cikgu , kenapa suara you lain," tanya pelajar seorang, peka dengan perubahan suara saya. Alhamdulillah saya cuma ada dua kelas sahaja hari Jumaat itu. Dua-dua PJK dan saya tidak perlu menggunakan banyak suara kerana hari ini permainan sukan.
"Awak tolong saya ya.... bacakan nama-nama pelajar ini. Saya nak tanda kehadiran mereka," saya meminta bantuan pelajar seorang. Memang suara saya tahap membisik sahaja ketika itu.
Lalu pelajar itu melaungkan nama-nama pelajar yang saya minta itu...
"Jangan kuat-kuat sangat .... satu court ni boleh dengar ni," ketawa pelajar itu apabila saya menegurnya.

Dan akhirnya,loceng terakhir berbunyi, saya tersenyum lega. Cuti yang panjang insyaALLAH mudah-mudahan suara saya akan kembali seperti biasa insyaALLAH. suasana di bilik guru meriah sungguh. Kami semua berpelukan sesama kami,
"Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin....Kosong kosong ya," ucapan rasmi kami sesama guru Islam.
Bagi guru yang non-muslim," Happy Holidays"
Dalam kami gembira bersalam-salaman sambil berpelukan sesama kami, tiba-tiba lalu Encik Tan ," Saya tunggu ni siapa yang mahu peluk saya juga"
Ketawa kami di situ juga...."Tak boleh,tak boleh. Lelaki....." balas kami sambil ketawa.

Saya juga masih teringat kepada ceramah yang dibuat oleh pihak panitia Agama Islam pada hari Jumaat itu. Mengingatkan kepada Memburu Lailatul Qadar. 10 malam terakhir adakalanya ramai antara kita tidak ambil pusing dan lebih kepada mood menyambut 1 Syawal daripada merasa sedih dengan pemergian Ramadhan.
"Mungkin kita rasa pelik, kenapa kalau bulan Ramadhan ni kita masih lagi malas nak buat perkara baik. Malas nak beribadat....pada hal bulan tu syaitan semua dah diikat. Tapi kenapa kita masih lagi ada rasa malas dan buat perkara tak baik juga?" persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang guru dalam halaqah kami. Saya kagum dengan cikgu tersebut, cikgu yang mengajar mata pelajaran Sains tapi ilmu agama ada di dada. Kami , guru-guru membuat giliran memberi tazkirah ringkas selepas membuat bacaan yaasin. Dan saya juga turut memberikan sedikit peringatan dalam suara yang serak-serak basah itu.
"Kerana kita ni telah lama dijajah oleh syaitan. Selama 11 bulan sebelum ini kita dijajah oleh syaitan, menyukarkan kita untuk membuang sifat-sifat buruk dalam diri kita. Dan akhirnya susah kita nak memulakan perkara baru semasa bulan Ramadhan ini. Tapi Alhamdulillah kita dah memulakan perkara-perkara baru yang baik-baik insyaALLAH mudah-mudahan kita dapat istiqamah membuatnya sehingga selepas Ramadhan insyaALLAH," dan kami sama-sama mengaminkannya.

"Saya mengingatkan diri kita sama-sama, pelajar-pelajar agar menjaga ibadat-ibadat wajib kita bukan hanya masa bulan ramadhan tetapi juga selepas bulan Ramadhan. Terutama sekali ibadat sembahyang. Sembahyang itu tiang agama dan segala-galanya. Ramai kita hari ini berpuasa tetapi tak sembahyang.Jadi cikgu harap pelajar-pelajar menjaga solat 5 kali sehari dan tidak meninggalkannya," dan saya kagum lagi kepada guru disiplin yang memberikan peringatan kepada kami semua. Subhanallah, lama sebenarnya saya tak dengar peringatan-peringatan di sekolah ini. Alhamdulillah mudah-mudahan majlis-majlis seperti ini adalah pemula dan akan ada penerusnya lagi insyaALLAH.

Dan tanggal 26 Ramadhan, terasa sedih menyelubungi. Tarikh itu merupakan tarikh khatam AL-Quran untuk Ramadhan bagi surau di rumah kami. ALhamdulillah 30 juzu ' bagi mereka yang istiqamah solat tarawikh 20 rakaat penuh dengan imam muda hafiz dari negeri Serambi Mekah itu. Pada rakaat yang ke 20, imam membacakan doa khatam Al-Quran. Ramai yang hadir matanya basah dengan air mata , mengaminkan doa tok imam dan mengharapkan pengampunan daripada ALLAH SWT. Sedih kerana apabila khatamnya 30 juzu' itu menandakan Ramadhan sudah sampai kepada penghujungnya. Dan tahun hadapan masih belum ada jaminan akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang atau tidak lagi........

Dan malam-malam 10 malam terakhir ini saya berazam untuk menghidupkan malam-malam ini dengan membangunkan malam -malam insyaALLAH. Dan saya juga berdoa agar selepas ini saya akan terus istiqamah untuk menghidupkan sepertiga malam selepas Ramadhan kerana terlalu banyak kelebihan-kelebihannya yang diberitakan oleh ALLAH melalui RasulNYa....

Ada cerita lucu pula untuk dikenang ......
Malam 20 Ramadhan.....
"sahabat...bangunlah 10 malam terakhir ni. Jom kita solat tahajud," Alhamdulillah kami bangun, tetapi syahid selepas solat subuh hingga matahari dah menunjukkan rupa.

Malam 21 Ramadhan.....
"sahabat...bangunlah. Malam lailatulqadar ni. Malam ganjil. Jom solat," Alhamdulillah kami bangun juga, tapi lewat sebab malas malas lagi. Jadi sempat solat sekejap je....

Malam 22 Ramadhan....
"sahabat.....bangunlah. Malam lailatulqadar ni." Tiba-tiba sahabat saya itu ketawa terkekeh-kekeh.... menyebabkan saya pun ketawa pula...."Mana pulak malam ni malam genap" sambung dia. Tetapi...bangun juga solat sunat sekejap sebelum bersahur.

Malam 23 Ramadhan.....
"sahabat....bangunlah. Malam lailatul qadar ni. Jom solat," ....... "Mana pula....hujan la"
T
api kami bangun juga dan sempat solat sunat sebelum bersahur.

Lebih kurang begitulah malam malam seterusnya....

Malam 25 Ramadhan.....
"sahabat, mari sini......"saya memanggil , kuat.
"Cuba tengok langit. Cerah betul lah," saya pelik. memang langit malam tu cerah sangat. Dan saya rasa seram sejuk entah kenapa. Dan kami tak menunggu lama malam itu, entah kenapa memang rasa sejuk semacam. Kami tidur awal, rasa takut entah kenapa. Hp masing-masing membuat alarm.., seawal 3.30 pagi, 4.00 pagi, 4.30 pagi, 5.00 pagi dan paling akhir 5.30 pagi. Mudah-mudahan malam ni terjaga awal sikit untuk bangun Qiyam...
"Sahabat...bangun jom kita qiyam...." saya terjaga jam 3.45 pagi, Alhamdulillah. Tidak saya lupakan banyak membaca doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina 'Aisyah , doa ALLAH mengampunkan dosa-dosa.
Moga-moga ALLAH menerima segala amal ibadah kami dan mengampunkan dosa-dosa kami.....turut saya doakan moga selepas ini insyaALLAH saya kuat untuk menghidupkan sepertiga malam-malam....(renungan daripada surah AL Muzammil)

Begitulah malam malam seterusnya....

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi....

Saya teringat lagu nasyid dendangan Nazrey Johani , mengenai Ramadhan 2 Zaman....Mari Hayati bersama-sama

Ramadhan 2 Zaman

Album :
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang

mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu

kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat

tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan

hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

ADAKAH INI RAMADHAN YANG TERAKHIR....MOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSA DAN MENGGOLONGKAN DALAM GOLONGAN YANG BERTAKWA....AMIN




Sunday, August 15, 2010

Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah Rabu 11 Ogos 2010 lalu, kita semua mulai berpuasa, menjalani ibadah dan mengharapkan agar menjadi golongan yang bertakwa kepada ALLAH akhirnya. Bermacam- macam karenah yang dihadapi pada bulan puasa ini. Bagi yang mengharapkan keredhaan dan keampunan daripada ALLAH pasti berusaha mengisi bulan ini dengan sebaik-baiknya, kerana menyedari belum pasti akan bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun akan datang lagi. Mungkin juga ini merupakan Ramadhan yang terakhir ???

Bagi pelajar-pelajar sekolah Cina di sekolah saya ini, mereka turut terasa keseronokan menyambut bulan puasa ini. Kenapa pula ??? Yang paling menggembirakan mereka adalah 2 perkara utama iaitu :

1) masa pembelajaran disingkatkan daripada 40 minit setiap sesi kepada 30 minit setiap sesi
2) mereka semua boleh BALIK AWAL kerana sesi persekolahan habis jam 5.30 petang

Bukan hanya pelajar-pelajar Cina malah.....
"Hi Cikgu, laju sahaja balik," saya menegur rakan sekerja saya, guru Cina selepas kami berselisih jalan, saya mahu ke meja saya manakala cikgu tersebut pula bergegas mahu pulang ke rumahnya.
"Mahu singgah itu bazar ramadhan beli makanan,"balasnya. Kami yang mendengarnya semua ketawa.
"Ini ...siapa yang puasa ni," balas kakak di sebelahku, mengusik.

Begitulah karenah hari pertama berpuasa.

Pertama kali saya masuk ke kelas pula....,

"Awak semua jangan bising-bising sangat ya. Awak kenalah hormat cikgu-cikgu melayu. Mereka semua puasa. Tak makan tak minum dari pagi. Jadi awak semua kena lah senyap-senyap ya,"

"Cikgu....you tak payah mengajarlah. Kesian you penat," ada suara seorang pelajar mencadangkan.

"Ish...mana boleh begitu. Saya mesti juga mengajar. Asalkan awak semua janji jangan bising-bising dan buat saya marah"

Di dalam satu kelas yang lain pula.....
"Amboi, sedapnya minum air depan saya," saja-saja saya mengusik pelajar tersebut.
" Saya puasa lah...." tambah saya lagi

"Oppss...sory-sory cikgu," balasnya. dan terus dia menyimpan airnya di dalam laci meja. Kemudian dia bercakap dalam bahasa Cina kepada kawan-kawan sekelilingnya dan menunjukkan kepada botol air. Dan kawan-kawannya yang lain juga turut sama menyimpan botol air masing-masing di dalam laci meja mereka.
"Sory-sory cikgu," balas mereka.

"Takdalah, saya saja main. Minumlah. Cuma, jangan buat bising sahaja ya," balas saya, terasa bersalah pula pada mereka.

Pelajar yang baik hati pula,
" Ok, saya panggil nama kamu datang depan ambil buku masing-masing ya," Saya melaung agak kuat supaya pelajar yang paling belakang masih mendengar suara saya.
Sememangnya telah menjadi rutin saya, saya akan memanggil seorang demi seorang nama pelajar ketika memulangkan buku mereka masing-masing supaya :
1) saya boleh kenal rupa pelajar tersebut
2) buku itu sampai kepada tuannya
3) dan saya boleh menegur pelajar yang tidak melengkapkan kerja mereka dan menyuruh mereka melengkapkan kerja mereka untuk dihantar sekali lagi.
"Cikgu, saya tolong awak panggil nama mereka," balas seorang pelajar yang baik selepas namanya dipanggil.
"Kenapa?" saja-saja saya menguji.
"Awak kan puasa penat. Saya panggil kuat la," balasnya. Saya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju.

Tidak lupa yang agak 'nakal' pula
"Cikgu, cepat saya mau belanja cikgu sekarang. KFC...."
" Boleh - boleh. Tapi nanti jam 7.30 malam nanti baru saya boleh makan,"
"Tak...saya nak belanja sekarang," balasnya lagi. Tahu sangat saya yang dia mahu main-main dengan saya. Ketuk kepala baru tahu.... hehehe
" Sekarang tak bolehlah. Kan saya tengah berpuasa. Kalau makan, nanti berdosa," Cakap saya terus terang.
" Nanti matilah cikgu tak makan....,"
"Takdalah. Bukannya tak makan selama-lamanya. Pagi saya makan sebelum pukul 5.40 pagi. Malam nanti jam 7.30 malam saya makan pula. Tak mati pun," balas saya
"Nanti gastrik la cikgu...."
" Takdalah. Dari kecik lagi saya puasa tak gastrik pun," ucap saya.' Alhamdulillah, ' balas saya di dalam hati.

Dan satu lagi kerenah pelajar saya....
" Sedapnya kamu makan gula-gula depan saya," saya masih lagi mood mengusik pelajar saya.
" Cikgu....ambil saya bagi cikgu satu," pelajar tersebut memberikan saya satu gula-gula yang sama yang tengah dia makan itu.
" Ishh.... saya berpuasalah hari ini," balas saya.
" Sory-sory cikgu.... ," balasnya.
" Takpa cikgu...ambil saya bagi. Nanti buka puasa cikgu makan," balasnya tanda mohon maaf.
Lalu saya mengambilnya. Dan malam itu, saya tersenyum sambil makan gula-gula pemberian pelajar saya itu.

Minggu pertama puasa bersama-sama pelbagai karenah pelajar-pelajar saya. Syukur Alhamdulillah yang menghormati itu sungguh menyejukkan hati saya dan membuatkan saya bersemangat untuk mengajar mereka.

Paling saya teringat pada seorang pelajar India seorang,
"Cikgu...nanti you puasa saya pun puasa juga," dia bercakap kepada saya.
" Awak puasa macam mana?" saya bertanya. sememangnya saya teringin mengetahui macam mana cara mereka berpuasa.
" saya ikut macam you puasalah. Pagi tak makan pukul 5 pagi sampai pukul 7.30 malam tak makan dan tak minum," katanya. Rupanya kakaknya adalah Indian Muslim. Itulah dia tahu puasa orang Islam.
"Bolehlah....nanti kita puasa sama-sama," balas saya sambil tersenyum.

Moga ALLAH memberikan hidayah dan petunjuk.AMIN....
Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan keimanan, kesabaran dan kesihatan untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini. Kerana tidak ada jaminan bahawa aku akan bertemu lagi dengan Ramadhan Karem yang akan datang.....

Di dalam satu hadis Nabi SAW:
Maksudnya : ".........Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanan, minuman dan nafsunya kerana-Ku. Puasa bagi-Ku dan Aku yang akan membalasnya......"
( Riwayat Bukhari )

Saturday, July 17, 2010

Sayangkuuu......



SUBHANALLAH , hari ini suatu perkara yang luar jangkauan saya berlaku. Sungguh, pengalaman pertama yang hanya sebelum ini saya mendengar daripada orang-orang sahaja. Hanya senyuman panjang sahaja yang saya akan ukirkan jika saya melihat Si Camiey comel.

Kasihan Camiey. Dia terperangkap lama. Saya gelisah apabila saya memanggil-manggil semua anak-anak kucing kesayangan saya , semuanya datang kecuali Camiey. Sangat jarang berlaku. Saya menunda sekejap niat untuk memberikan kesemua anak-anak kucing itu makan kerana saya perlu memastikan kesemua anak-anak kucing saya itu ada semasa saya memberikannya makan. Sebab adiksu saya selalu cakap ,
" Nanti yang dapat makan cerita dengan kawan dia, dia makan sedap...."
Lalu hati saya mengiyakannya....hehehe benarkah ????

Lalu, saya mengelilingi rumah mencari-cari Camiey. Mana mungkin seekor tiada sedangkan sebelum ini tidak pernah perkara ini berlaku. Apabila saya membuka pintu belakang rumah, pasti dan akan pasti Biiznillah mereka semua termasuklah Peah ( ibu kucing ) yang akan datang beramai-ramai bersuara manja meminta-minta ikan.

Dan kemudian mereka akan kelihatan seperti gambar ini....

tapi, ini bukan gambar kucing saya. Sebab saya ada 4 je anak kucing

Misi saya tidak berjaya kerana memang Camiey tidak menunjukkan dirinya.
"Mesti ada yang ambik Camiey nie...." kata suara hati saya. Geram.

Ternyata tekaan saya meleset. Camiey terperangkap di dalam saluran air hujan. Kuat suaranya di belakang rumah. Abah yang menyedarinya. Kami semua terkejut. Memanggil Camiey agar turun segera. Namun sia-sia. Camiey terus mengiau sahaja. Semua cadangan keluar. Ada yang kata hulurkan ikan nanti Camiey segera keluar. Saya segera mengambil ikan yang memang direbus untuk diberi makan kucing-kucing kesayangan kami pada tengahari dan malam itu.
"Tapi mustahil Camiey tak mahu keluar. Sebab dia bukan takut pada kita," balas saya apabila cadangan itu tidak membuahkan hasil.

Haiya, patutnya malam ini kami sekeluarga keluar untuk mengikuti kuliah maghrib. Tapi memang saya seakan-akan berat tadi mahu ikut serta. Rupanya ada perkara begini yang bakal berlaku.

Adiksu memanjat bumbung atas kerana kami terdengar suara Camiey dari arah situ. Tapi bukan di situ juga Camiey terperangkap. Saya gelisah. Suara Camiey mengiau juga semakin kuat.

"Kita letak airlah. Nanti dia rasa air dia turun la," Cadangan kedua.
"Ish.....nanti lemas dia," saya membalas pula.
"Letak perlahan-lahanlah," satu suara lagi memberi cadangan.
"Ok...perlahan-lahan ek," Adiksu membalas.
Tatkala air diletakkan, Camiey terus mengiau dengan agak kuat. Kami risau. Macam mana ni.Memang tak bole keluar ke ????

"Abah....kita panggil bomba Bah," tiba-tiba saya memberikan cadangan. Hahaha....kelakar pula saya rasa dengan cadangan saya.
"Betul tu, panggil bomba je lah. Kesian ni kucing," Adiksu membalas.
Tanpa membuang masa abah telefon bomba.
"Berapa ye nombor bomba?" tanya abah. Tanda kami belum pernah memanggil bomba sebelum ini. Ini yang pertama kali dalam sejarah.
"Ermmm tak silap 991," saya menjawab. Betul ke ??? Saya pun tak ingat.
Kejap...kejap...."Abah, 999 tak silap. Sebab sekarang depa dok guna 1 nomboq untuk call semua," entah saya macam teringat-ingat sebelum ini.
Alhamdulillah berjaya dihubungi.

Sementara menunggu bomba datang, saya masih lagi mengumpan Camiey supaya keluar. Panggilan yang saya gunakan semasa memanggil semua makan juga saya gunakan. Dan....saya terdengar usaha-usaha Camiey di mana sedikit demi sedikit bunyi Camiey jatuh menggelongsori saluran air hujan itu. Tapi, mungkin Camiey tersekat pada sesuatu menyebabkan dia tidak dapat benar-benar keluar.

Pihak bomba datang. Menaiki van agak kecil. Lama menunggu, Camiey berjaya dikeluarkan. Basah dia. Habis kotor. Mungkin kerana air yang kami curah tadi. Kasihan, dia kesejukan. Mukanya juga nampak bengkak. Kami segera memandiakan dia dan membersihkan serta memberikan dia makan ikan rebus. Memang kelaparan.


"Ambil mak dia. Tadi mak dia sibuk dok cari-cari dia," abah menyuruh. Memang tadi Peah nampak kelam kabut memanggil-manggil anaknya. Naik atas bumbung, turun bumbung.

"Mesti nanti mak dia jilat bulu dia," memang benar. Apabila dibawa mak kucing itu, segera mak dia membantu menjilat-jilat bulu Camiey.

"Ya ALLAH....tengok kucing pun sayang anak dia. Macam mana lah orang boleh buang anak ye?" abah bersuara. Saya mengiyakan. Tiba-tiba datang si Jijiey mendekati Camiey. Dia juga turut menjilat-jilat bulu Camiey. Subhanallah, saya sangat takjub dengan kejadian di depan mata saya itu. Lalu kami mengambil segera Mike dan Mang untuk dibawa berhampiran dengan Camiey. Dan mereka juga turut serta menjilat-jilat bulu Camiey. Subhanallah.... haiwan sendiri saling sayang-menyayangi. Tadi semasa abang-abang bomba membuka saluran air hujan itu, semua adik beradik Camiey yang lain melihat-lihat abang bomba membuat kerja.Seperti menunggu-nunggu adik mereka segera keluar daripada saluran air hujan itu.

Saya tersenyum sendirian. Ya ALLAH, hebat kejadianMU ya ALLAH. Betapa haiwan ALLAH bekalkan dengan sifat kasih sayang dan ALLAH tunjukkan di hadapan mata saya. Bagaimana pula manusia yang sanggup berbunuh-bunuhan sesama manusia ??? Ketidakperikemanusian manusia pula hingga sanggup membuang anak .....

Benarlah, manusia yang tidak menggunakan akal adalah lebih teruk daripada haiwan....

Kini..... Camiey lena tidur selepas kepenatan.... Alhamdulillah "Jangan lupa semua sujud syukur ye" Adiksu mengingatkan kami.

Friday, July 16, 2010

Aku Streskah ???

Baru-baru ini saya mengajar subjek Stres dalam kelas saya. Sengaja saya membuatkan suatu mood yang ceria untuk subjek itu. Saya sebenarnya baru menyedari akan kasihannya kepada pelajar-pelajar. Mereka pasti kepenatan belajar seharian. Boleh bayangkan dari jam 1 petang ke 3.20 petang, itu lebih kurang 2 jam 20 minit. Kemudian selepas rehat pula dari jam 3.50 petang ke 6.45 petang. Lebih kurang 3 jam lebih. Duduk dan menanti guru-guru masuk untuk mengajar. Dan, yang pasti jika semua guru masuk dengan berwajah garang, marah sana marah sini pasti mereka tidak merasai akan keseronokannya belajar.

Ada yang kata stres kerana belajar ........
Tension dengan belajar !!!

Ada yang kata stres kerana exam.....



Ada kata stres kerana kawan... Ada kata stres kerana boyfriennnddd.... Ada kata stres kerana sekolah.....cikgu....pengetua.....

Yang dah kerja pula stres dengan kena bayar itu, bayar ini.......

HINGGAKAN TENSIONNYEEE !!!!

Dan yang saya agak terkejut apabila dua orang pelajar Muslim yang cakap :
"Saya stres dengan mak saya la.Ngan ayah saya juga. Asyik nak gadoh je dengan saya," katanya lagi.
Dalam keadaan yang agak terkejut saya bertanya semula kepadanya..... "Awak stres apa ?"
Dia pun menjawab , " Saya stres le mak saya asyik nak gadoh je dengan saya. Bosan betul,"

Pendek kata macam-macam bentuk stres seseorang itu.....

hingga ada yang kata,

Tapi sedar tak kita, bahawa apa sebenarnya pengertian stres itu pada sebenarnya pengertian???


Tiadakah di dalam ISLAM perkataan stres?

Sebenarnya di dalam AL-QURAN sememangnya tidak dinyatakan perkataan stres itu.... kerana.... stres itu dari perkataan inggeris. Cuma setiap perilaku stres itu sebenarnya ada disebut di dalam AL-QURAN. Contohnya yang boleh saya bawakan di sini :

Firman ALLAH SWT di dalam AL-QURAN maksudnya : "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi ALLAHlah pahala yang besar [ Al-Anfal : 28 ]

Boleh jadi ujian ini lah yang menyebabkan kita stres...

Banyak lagi di dalam AL-QURAN perilaku-perilaku stres . Dan ALLAH juga memberitakan juga bagaimana cara menghadapi stres. Contoh yang saya bawakan di sini ialah :

Firman ALLAH SWT bermaksud :
"sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut. kecuali orang-orang yang melaksanakan solat. Mereka yang tetap setia melaksanakan solat " [ al-Ma'arij : 19 - 23 ]

Hayya 'alasSOLAHHH.........

Dan ingatlah bahawa .......

Firman ALLAH SWT bermaksud :

"Dan tatkala Tuhanmu memaklumkan , " Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah kepadamu dan kamu mengingkari maka sesungguhnya azabKu sangat pedih," [Ibrahim :7]

Firman ALLAH SWT bermaksud :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenteram [Ar-Ra'd : 28 ]

"Dan
orang yang sabar kerana mengharapkan keridhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat kesudahan ( yang baik ), [ ar-Ra'd : 22]

Maka kenalilah stres anda. Dan ingatlah, setiap kesusahan yang menyebabkan stres itu adalah ujian hakikatnya daripada ALLAH SWT untuk menguji keimanan hamba ALLAH itu terhadapNYA. Hadapilah dengan formula sabar dan solat, insyaALLAH hati akan terasa tenang...

Wednesday, June 9, 2010

SoLatKu...HidUpKu...dan MaTiku Hanya Untuk ALLAH TaaLa

Baru-baru ini saya dan sahabat karib saya keluar ke KL untuk beberapa urusan. Kami cuba menyelesaikan segala urusan kami secepat yang mungkin kerana biasalah, KL kalau lambat keluar dari situ pasti dan akan pasti akan berhadapan dengan 'jam' yang luar biasa untuk balik ke rumah kami. Dan kerana kesilapan teknikal, sememangnya kami lewat menyelesaikan urusan kami lalu menyebabkan kami terperangkap di dalam 'jam' luar biasa bandaraya KL ini.

Saya berfikir panjang. Kebimbangan sungguh terasa pada diri saya dan sahabat karib saya di sebelah. Ya ALLAH janganlah kami terperangkap lama di sini ya ALLAH. Sungguh, parah jika terperangkap lama kerana jam sudah menunjukkan ke arah angka 7 malam. Teringat saya akan cerita-cerita yang pernah didengar, memang ramai sahaja mereka yang terperangkap dalam 'jam' di KL ni solat maghribnya pun jam juga....

'Patot la biasa dengar orang kerja kat KL ni stress kan....' bicara teman di sebelah kurang saya beri tumpuan kerana sibuk melihat kereta-kereta dan motor-motor.
'Ikut jalan Kuching....'oopppppssss......terlepas.
Habis, terlepas jalan. Memang jantung saya terasa tekanannya kerana memikirkan masa yang terus berlalu itu. Mulut saya terus membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana saya teringat akan pesanan guru saya sekiranya kita berada di dalam kesusahan, lazimi diri kita untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebentar tadi, sahabat karib saya pula telah membaca zikir al-Ma'thurat dan kami meletakkan segala keyakinan kami agar ALLAH mempermudahkan segala urusan perjalanan kami.

'Ayooo.....tak sukanya jalan masa macam ni,' saya mengeluh perlahan.
'Susah juga tak ingat jalan-jalan KL ni...huhu harap je orang KL,'sambung saya lagi mengharapkan tenang sedikit perasaan di dalam hati ini.


Kami terlepas jalan dan akhirnya saya bersyukur kerana kami berjaya menemui jalan yang sepatutnya, cuma jam benar-benar telah menunjukkan 7.23 malam iaitu masa solat maghrib. Tiba-tiba.... selepas melalui untuk membayar tol saya nampak sesuatu. Sesuatu yang insyaALLAH akan melegakan hati saya....

KAWASAN REHAT, TANDAS DAN SURAU

Alhamdulillah..... : )
Berhentilah dahulu solat kerana peluang sudah ALLAH berikan,yang mungkin selepas ini tidak ada peluang andai kita tidak mahu menggunakannya.

Selepas solat, saya dan sahabat karib saya meneruskan perjalanan kami lagi.

'Dekat sini lah anak kawan abah accident hari tu,'saya memecahkan kesunyian antara kami.
' Dekat Burger king tu'balas saya lagi

'Macam mana dia?'
'Meninggal...'
ringkas jawapan saya. Lalu saya terdiam, memikirkan apa lagi ayat seterusnya,

Ya ALLAH, andai Engkau mahu mengambil nyawa aku kelak,aku bermohon biarlah dalam keadaan aku telah menunaikan solatku sekiranya telah masuknya waktu solat...AMIN

Thursday, May 13, 2010

SeLaMat Hari Guru 2010

"Kamu lapar ke ?" Saya bertanya kepada dua orang pelajar saya itu. Perasaan kasihan terasa di dalam hati saya, Pasti mereka kepenatan.

"Saya sudah makan cikgu. Tapi dia belum sarapan pagi lagi" Jawab yang paling tua di kalangan mereka.

"Takpa, nanti di sana kita makan ya" saya seperti memujuk agar pelajar itu bersabar sekejap.

Sampai sahaja di pusat sukan itu, soalan pertama yang saya tanyakan kembali kepada pelajar itu , " Mana kantin ? Mari kita sarapan terlebih dahulu"

"Jauh cikgu. Atas sana. Biasa kami beli burger sahaja. Belakang sana ada burger," balas dia. seperti sudah menghafal segala pelan lokasi di tempat pusat sukan tersebut sahaja.

"kalau macam itu, takpalah. sarapan makan burger sahaja. Tapi, saya ada
bawa makanan
dari rumah. Kamu beli untuk kamu sahajalah," Tatkala itu, saya teringat nasi lemak kiriman mama sebentar tadi. Honestly, saya terasa sangat terharu dengan sikap mama. Mama.... walaupun usia anaknya telah menginjak 25 tahun tetapi masih juga segala hal kebajikan anaknya diperhatikan. Hatta, abang yang sulung berusia 30 tahun itupun masih juga mama akan ambil berat sama seperti kami dulu-dulu di sekolah sahaja. Mama.... I love u !!!!


Hampir 5 jam saya bertapa di Pusat Sukan itu menantikan 2 orang pelajar untuk pemilihan ke Pasukan Kuala Lumput untuk bola tampar. Sesekali mereka diberi rehat sememangnya saya melihat akan keletihan pada wajah mereka. Terharu kerana mereka sangat menghormati saya selaku guru yang mengiringi mereka kerana setiap kali rehat yang diberikan, pasti mereka akan ke tempat saya duduk itu sambil berkata "Cikgu.... penatnya cikgu" Dan kemudian saya akan berkata "Takpa...buat the best nanti baru rasa lega dan berbaloi"

Fuisyhhh... saya yang tidak membuat apa - apa itu, sekadar menanti dan membaca juga turut terasa bahang kepenatan. Namun, terasa lenguh juga dan agak pening sedikit kerana keadaan cuaca yang telah menginjak ke waktu tengahari.

Akhirnya, masa pulang telah tiba.

"Kamu lapar?" Saya tanya.
"Mestila cikgu. Lapar sangat. Tapi cikgu, kami takda duit la mau makan. Pagi tadi dah beli,"
Wajah keletihan itu, pasti kelaparan. Kerana saya juga pernah merasai suasana yang apabila kita telah mengerahkan seluruh tenaga untuk aktiviti lasak, pasti perut meronta-ronta minta diisi.

"Nah....kamu ambil ini. Beli dua burger" Saya mengeluarkan RM10 dari dompet saya.
"Jangan lupa beli air juga untuk kamu, nanti tercekik pula," saya sambung lagi. Jelas kelihatan pelajar itu tersenyum.
"Sekejap ya, saya nak pergi ke pejabat kejap," Saya mengatur langkah untuk menguruskan perkara lain sebentar sebelum pulang bersama-sama pelajar itu nanti.

10 minit kemudian saya ke tempat itu semula, melihat pelajar itu. Di atas meja, ada 3 bungkus burger yang masih belum bersentuh, kemas di dalam plastik lagi. Manakala dua pelajar saya itu berborak-borak dengan rakan dari pasukan sekolah lain.

"Aik...belum makan lagi?'' saya soal kehairanan.
"Tunggu cikgu la," jawab pelajar itu.
"Hish, makan sahaja dulu. Saya sudah makan tadi masa kamu main bola tampar," Terasa bersalah pula saya. Pasti mereka kelaparan menanti saya, pada hal saya masih kenyang.
"ooo...cikgu makan nasi lemak tadi ya ?" pelajar itu bertanya.
"Aik mana tahu?" Saya kehairanan.
"Saya nampak cikgu tadi makan," jawabnya. Kasihan, pasti dia lapar masa tengok saya makan tadi. Agaknya menunggu-nunggu bilakah masa untuk rehat agar boleh makan.

"Aik, ada 3 burger," saya kehairanan semasa pelajar itu memberikan semula duit baki itu kepada saya.
Dia mengatakan sesuatu tetapi saya kurang mendengarnya kerana keadaan di situ memang bising. Saya meminta dia mengulang beberapa kali agar jelas mendengarnya...
Rupa-rupanya.....
"Satu itu untuk Cikgu. Dia kata hadiah Hari Guru," saya tersentuh dengan kata-katanya.
"Tapi....pakai duit saya....," saya saja-saja mahu mengusik pelajar itu. Mahu menukar tune rasa tersentuh dengan sikap pelajar itu.
"Takpa....nanti claim sekolah," jawabnya bersahaja, membuatkan saya tersenyum.

ihsan dari http://testi.iluvislam.com/0919-selamat-hari-guru/

Macam-macam cara pelajar menghargai guru mereka. Saya tahu pelajar itu hanya membawa duit yang cukup-cukup sahaja manakala claim dari sekolah hanya dapat dibuat selepas pertandingan , tetapi mereka masih lagi mahu memberikan sesuatu untuk guru mereka....

Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya, dari saya di dalam buaian hinggalah saya ke liang lahad nanti.....TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN KALIAN. HANYA ALLAH SAHAJA yang dapat membalasnya....