Thursday, February 18, 2010

Sekolah Saya


Dialog saya dulu- dulu.......... :


Saya biasa melalui sekolah ini. Saya lalu sekolah ini setiap kali nak ke KL
dengan abah dan
mama. Bila lalu sekolah ini,saya akan bertanya pada diri saya.


"Sekolah ni macam mana ye dalamnya?
macam sekolah aku dulu ke ?"


"Mesti ada gelanggang basketball sebab biasa pelajar Cina memang
suka main basketball"


" Macam nak masuk je sekolah ni"


" Hehehe...best juga kalau dapat ngaja sekola ni"

Dialog Semasa Mengetahui Penempatan Posting......:

"Takot la pula nak masuk mengaja sekolah Cina "

" Alamak, macam mana ni. Aku sorang je dapat sekolah Cina ni"

"Ada cikgu Melayu ke nanti?"


Tetapi....dialog saya hari ini ........ :

Alhamdulillah, syukur saya hanya layak kepada ALLAH. Kerana dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH sahaja, ALLAH memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai seorang teacher. Sepanjat-panjat kesyukuran saya hanya layak kepada ALLAH kerana saya yakin ada insan lain yang mungkin tidak lulus ujian semasa ujian kelayakan guru GSST diadakan November yang lalu. Kepada mereka yang tidak lulus itu, teruskan lagi berusaha dengan gigih dengan membuat persediaan info-info berkaitan disamping jangan lupa untuk sentiasa berdoa ALLAH permudahkan segala urusan kita. insyaALLAH.

Terus terang saya katakan , saya bersyukur kepada ALLAH kerana saya ditempatkan di sekolah ini. Kerana, saya tidak pernah diletakkan dalam suasana masyarakat Cina yang majoriti di dalam komuniti yang pernah saya lalui sebelum ini. Dan insyaALLAH saya mendoakan saya dapat belajar sesuatu yang baru.


Namun, saya akui cabarannya tetap ada. Mengajar pelajar yang ada yang kurang memahami bahasa Melayu menjadikan kami guru-guru perlu kreatif memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan pengajaran dengan baik. InsyaALLAH cabaran ini akan saya cuba untuk mencari cara yang terbaik. Bukankah guru seharusnya menerima, walau di mana ditugaskan mengajar, guru perlu memahami suasana tempat dia mengajar dan mengadunkan cara terbaik agar pelajar dapat mengikuti dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik insyaALLAH.

Syukur juga kerana saya mempunyai rakan sekerja yang cukup cukup friendly. Berkongsi cerita senior-junior. Dan Alhamdulillah juga kerana semasa saya ditempatkan, bersama rakan baik saya, Rohaya , dan kami berkongsi banyak cerita mengenai pelajar.















Rancangan Realiti TV Kanak- kanak 'ADIK-ADIKKU" di RTM 1

Rakaman rancangan ADIK-ADIKKU akan disiarkan bermula pada 15 Februari 2010 tidak termasuk hujung minggu. Masa siaran setiap hari rancangan ini adalah pada pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang di TV1. Manakala siaran ulangannya pada keesokan harinya jam 9.30 hingga 10.00 pagi juga melalui RTM

Sehubungan dengan itu, marilah sama- sama kita memberikan sokongan kepada rancangan itu nanti.

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4355

Tiba- tiba saya menjadi tukang mem'promete'kan rancangan ini pula. Antara penerbitnya merupakan ibu kawan baik saya iaitu Wardziah Abdul Rahman. Saya sedang minum air sambil membuka rancangan TV tiba-tiba rancangan ini yang keluar. Terus saya menunggu hingga ke akhir rancangannya dan bagai benar tekaan saya, penerbitnya pasti ibu kepada kawan baik saya itu.

Habis rancangan ini, saya terus membuka laman web yang memberikan info mengenai rancangan ini. Rancangan ini merupakan program Rancangan Realiti Kanak-Kanak untuk mencari dan melatih bakat mereka. Peserta terdiri daripada pelajar berusia 9 hingga 14 tahun. Kriteria yang diasah dengan mentor-mentornya ialah berpidato, bernasyid,melaungkan azan, melagukan taranum alQuran dan membentuk sahsiah yang baik.

Subhanallah alangkah sejuk mata memandang jika program-program seperti ini dapat dijalankan dengan istiqamah dan dipelbagaikan . InsyaALLAH lebih ramai yang akan rasa dekat dengan penghayatan ISLAM itu sendiri. Rancangan-rancangan realiti hari ini seperti Mentor, Akademi Fantasia dan macam lagi begitu gah . Maka , kali ini rancangan-rancangan realiti pembentukan sahsiah yang baik seperti ini juga perlu gah diadakan....

boleh tengok gambar daripada blog yang saya dapat melalui pencarian saya :

http://farish-hasbullah.blogspot.com/2009/12/latihan-rancangan-realiti-adik-adikku.html

persoalannya, siapakah pihak-pihak yang mahu mempelbagaikan rancangan-rancangan seperti ini ???









Tuesday, February 16, 2010

The Last Lecture

Bagai dijanjikan, perkongsian kali ini adalah mengenai buku


The Last Lecture by Randy Paush.

Kenapa buku ini menjadi pilihan ???

Pada mulanya, tercetusnya nama buku ini setelah membuat perkongsian tentang seorang insan yang diuji ALLAH dengan suatu penyakit. Hakikatnya , saya tidak langsung mengenali insan ini. Tetapi kerana suka membaca blog-blog orang lain maka saya terhubung dengan blog insan ini. Kerana kisah insan ini turut termuat di dalam blog kakak ipar saya, dan sahabat yang saya kenali ketika bercuti di UK maka saya tiba-tiba menyelusuri kisah seorang insan yang diuji ALLAH dengan penyakit barah.

Syukur dengan nikmat Islam dan nikmat Iman, saya melihat akan ketabahan seorang yang diberi ALLAH nikmat Islam dan nikmat Iman di dalam dirinya, maka persepsi dirinya terhadap ujian penyakit barah yang ALLAH berikan ini cukup berbeza dengan mereka yang sukar menerima ujian ALLAH dengan redha.


boleh layari blog miliknya : http://masafzal.blogspot.com/

Doa saya untuknya moga ALLAH memelihara keimanannya tetap utuh kepada ALLAH walau rintangan bagaimana sekalipun datang melanda...
Doa itu juga saya panjatkan untuk diri saya , sahabat-sahabat saya dan semua muslimin dan muslimat

Akhirnya , dengan ini saya akui. Hakikat pentas dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Dan ALLAH berhak untuk menguji kita dengan pelbagai cara .


Berbalik buku yang saya baca... hakikatnya saya tidak sempat untuk menghabiskan buku itu... Kerana buku itu bukan milik saya. Perlu dipulangkan sebelum abang dan keluarga bertolak ke Penang asar tadi. Jadi, dengan kudrat yang ada, saya membaca buku itu.



The Last Lecture by Randy Pausch


Penulis , Randy Paush seorang pensyarah komputer dikesan dengan penyakit barah pankreas (pancreatic cancer). Dan berada pada tahap akhir barahnya. Doktor memberi tempoh dia akan berada dalam keadaan sihat selama 5-6 bulan tempoh yang diberikan. Penulis sangat menyayangi keluarganya dan mengharapkan novelnya dan ceramahnya akan diabadikan untuk tatapan anak-anaknya yang masih kecil itu.

ini blognya : http://www.thelastlecture.com/

Saya sebelum ini tidak begitu ambil kisah tentang insan yang diuji dengan penyakit-penyakit begini. Mungkin juga sebelum ini, saya tidak mempunyai kenalan yang diuji ALLAH dengan penyakit barah. Masih saya teringat, cikgu BM di sekolah saya yang dikesan barah payudara tetapi itu pun saya hanya sempat menziarahinya sekejap sahaja, sebelum ALLAH memanggilnya. Kemudian, sepupu yang juga ALLAH uji dengan penyakit barah juga. Tetapi agak lewat dikesan dan sekali lagi saya kehilangan sebelum sempat saya mendampinginya. Dengan membaca kisah-kisah begini membuatkan saya beringat akan nikmat kesihatan yang ALLAH berikan ini. Benarlah pesanan Nabi SAW : ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...



dalam lirik Raihan juga :


DEMI MASA (RAIHAN)

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yg beriman dan yg beramal soleh

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kpd kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yg masih diberi
Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita, jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati..


Saya mengharapkan akan ada buku-buku tulisan pesakit barah yang kaya dengan iman di dalam hati dan menulis dengan persepsi yang berbeza dari kebiasaan yang kita lihat di dalam cerekarama. Kerana , jiwa yang kaya dengan iman itu redha sifatnya. Sentiasa bermohon kepada ALLAH , bermunajat kepadaNYA. Dan jiwa sebegini dapat memberikan peringatan kepada kita yang masih lagi ALLAH berikan dengan nikmat kesihatan yang baik daripadaNYA.

Moga kita juga sentiasa mengingati ALLAH walau diuji dengan kesusahan mahupun kemewahan....


Tinta Biru Untuk SeMua

Pertama melihat kepada perkembangan dunia serba canggih ini menyebabkan terasa tidak mahu ketinggalan juga untuk berkongsi bersama - sama ilmu dari diri yang serba kekurangan ini. Mudah-mudahan insyaALLAH dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri khususnya dan insan - insan yang membaca umumnya insyaALLAH....

Hakikat kehidupan ini hanya sementara semata-mata. Kerana itu sentiasa bermohon kepada ALLAH agar ALLAH memberikan kekuatan keimanan kepada kita dalam melayari kehidupan yang penuh dengan liku liku dan ujian - ujian yang telah ALLAH janjikan buat kita. moga akhirnya , hayat kita adalah dengan kalimah syahadah dan bersama-sama dengan Rasulullah SAW di akhirat sana insyaALLAH....

sedang menghabiskan bacaan buku , 'The Last Lecture' tulisan Randy Pausch
nantikan perkongsiannya bersama nanti