Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDURRASUL !!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh =)

Rasa-rasa terlalu lama saya tidak menulis di blog saya. Dalam lama saya tidak menulis ini terlalu banyak perkara yang telah berlaku. Ada perkara yang menggembirakan, ada juga perkara yang tidak disangka-sangkakan dan ada juga perkara yang menyedihkan. Yang pasti segala apa yang berlaku itu saya yakin punyai hikmah di sisi ALLAH yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan,(saya tidak pasti ini merupakan sebahagian daripada hadith ataupun kata-kata. Mudah-mudahan kelak saya akan ketahui mengenainya insyaALLAH)
"Dunia itu adalah penjara bagi orang-orang mukmin tetapi syurga bagi orang-orang kafir. Manakala akhirat itu adalah penjara bagi orang kafir tetapi syurga bagi orang mukmin"

Kadangkala kita lemah dengan keadaan dunia ini, kadangkala kita kurang bermotivasi dalam mengamalkan suruhan ALLAH. kadangkala kita diejek 'alim alim' oleh rakan sejawat apabila kita mengamalkan Islam tetapi apabila mengingatkan akan kata-kata di atas itu membuatkan jiwa kita lebih tenang. Hakikatnya sememangnya Islam itu penuh dengan pantang larang, hukum hakam dan segala peraturan. itu semua adalah sebagai ujian daripada ALLAH adakah kita masih lagi beriman dan mematuhi perintah ALLAH ataupun tidak. Ya ALLAH, mudah-mudahan saya tergolong dalam golongan orang-orang yang mematuhi perintah ALLAH dan menjauhi larangan ALLAH....AMIN....

Hari ini, jika bulan ISLAM adalah 12 Rabiul Awwal.... tarikh keramat, tarikh yang sangat-sangat bersejarah. Tarikh ini lahirlah seseorang insan mulia di sisi ALLAH. Dari saat Baginda SAW dilahirkan hinggalah ke hari akhirat kelak kemuliaan Baginda SAW di sisi ALLAH SWT.

Saya ingin berkongsi dengan semua apa yang saya perolehi daripada sebuah majlis ilmu baru-baru ini. Saya rasakan ustaz cukup berjaya membawakan ceramah Maulidur Rasul daripada sudut yang berbeza daripada yang pernah saya dengari sebelum ini.

Macam mana kita menunjukkan yang kita kasihkan Rasulullah SAW ?

Sayangkan Nabi SAW dengan cara kita mengamalkan apa yang diajari oleh Rasulullah SAW iaitu melalui praktikal

Lagi ???

Dua perkara penting dalam menunjukkan kita sayangkan Rasulullah SAW iaitu:
a) MAHABBAH ( KASIH SAYANG)
b) AL IBTIBA' ( TAAT DAN PATUH)
iaitu kita mencintai Rasulullah SAW dan mematuhi segala perintahnya dan menjauhi
larangannya

Apa ukuran kita nak ikut Rasulullah SAW???

U
kuran nak ikut NABI SAW asasnya ialah dengan ILMU. orang yang tidak buat/tak ikut sunnah SAW ialah tidak ada ilmu. takda ilmu nak beramal dengan apa......Ada ilmu baru boleh beramal.....

Ingat yee !!!!
Di akhirat nanti, hanya syafaat Rasulullah SAW sahaja yang dapat membantu kita.... jika banyak banyak kita ingat pada Baginda SAW di dunia ini dengan banyak kan berselawat kepada Baginda SAW dan mengamalkan sunnahnya maka di akhirat sana nanti, Baginda SAW akan kenal kita sebagai umat Baginda SAW.....

Ya ALLAH, saya bermohon agar saya menjadi umat Muhammad SAW yang sentiasa ingat kepada Baginda SAW di dunia ini. Dalam setiap tingkah laku saya dalam setiap patah perkataan saya....AMIN YA RABB....AMIN......

Jangan kita hanya menjadikan rutin tahunan semata-mata menyambut hari kelahiran Baginda SAW.... tanpa kita memuhasabahkan diri kita adakah kita benar-benar mengikut suruhannya dan menjauhi larangannya.....

SALAM MAULIDURRASUL !!!....