Wednesday, March 10, 2010

Man Jadda Wa Jada

Pertama kali saya mendengar perkataan itu semasa saya menghadiri program komunikasi Bahasa Arab untuk tayangan TV1. Masih teringat-ingat kami menjadi pelakon pelakon kepada program terbitan TV1 itu. Pasti saya tidak akan sama sekali melupakan sahabat karib saya, Dak Hanum n Mek Yam... sama-sama menjadi pelakon kepada program itu.

Man Jadda Wa Jada erti bahasa Melayunya Siapa berusaha dia berjaya. Kenapa tiba-tiba saya begitu teruja kembali mendengar ayat ini ???

Pertama kerana pagi tadi saya mendengar kuliah subuh di dalam TV9 TanyaLah Ustaz. Tiba-tiba ustaz menyebut ayat ini.
Kata - kata ustaz
"Sunnatullah , siapa berusaha dia akan berjaya. ALLAH tidak memandang dia itu Muslim ke, kafir ke... asalkan kalau dia berusaha bersungguh sungguh maka dia akan berjaya"

Saya terdiam dan berfikir sebentar. Sememangnya saya sering tertanya tanya, kenapa orang Cina lebih berjaya daripada orang Melayu ??? Kenapa masyarakat Barat lebih berjaya daripada masyarakat Muslim ???

Ustaz kembali kata ,
"Kita banyak meniru malamnya barat. Malah adakalanya lebih lagi daripada malamnya di barat. Tetapi kita tak ikut siangnya barat yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya"

"Manakala barat pula banyak meniru yang baik baik dalam agama kita. contohnya menepati masa. menjaga kebersihannya... bercakap baiknya. budaya membacanya... "

Saya diam lagi demi untuk memahami butir bicara ustaz kali ini.ALLAHU...kembali saya teringat kepada kata kata seorang yang dulunya kristian tetapi memeluk agama Islam kemudiannya. katanya ," Alhamdulillah saya mengenali Islam itu terlebih dahulu berbanding mengenal orang Islam itu sendiri. Kerana cantiknya Islam tetapi ramainya orang Islam tidak mengamalkan agama Islam itu sendiri"

Maka akhirnya terjawab soalan saya selama ini. Alhamdulillah saya kembali menjadi bersemangat kembali setelah mendapat peringatan daripada ALLAH ini. Setiap kerja yang ALLAH amanahkan kepada saya insyaALLAH saya akan usahakan dengan bersungguh sungguh kerana "SIAPA YANG BERUSAHA DIA BERJAYA" insyaALLAH....

Alhamdulillah betapa saya bersyukur kepada ALLAH kerana tatkala jiwa saya gelisah , gundah dan gulana menghadapi ujian ujian kehidupan ini, ALLAH berikan jawapan kepada perasaan saya ini.

Ya ALLAH, daku mohon agar Engkau sentiasa membimbing diriku ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini

1 comment:

  1. assalamualaikum kak....
    hehe... kakak masih macam dulu...
    tahniah dan terima kasih atas penulisan..
    teringat pula usrah kita dulu-dulu..

    ReplyDelete