Thursday, February 18, 2010

Sekolah Saya


Dialog saya dulu- dulu.......... :


Saya biasa melalui sekolah ini. Saya lalu sekolah ini setiap kali nak ke KL
dengan abah dan
mama. Bila lalu sekolah ini,saya akan bertanya pada diri saya.


"Sekolah ni macam mana ye dalamnya?
macam sekolah aku dulu ke ?"


"Mesti ada gelanggang basketball sebab biasa pelajar Cina memang
suka main basketball"


" Macam nak masuk je sekolah ni"


" Hehehe...best juga kalau dapat ngaja sekola ni"

Dialog Semasa Mengetahui Penempatan Posting......:

"Takot la pula nak masuk mengaja sekolah Cina "

" Alamak, macam mana ni. Aku sorang je dapat sekolah Cina ni"

"Ada cikgu Melayu ke nanti?"


Tetapi....dialog saya hari ini ........ :

Alhamdulillah, syukur saya hanya layak kepada ALLAH. Kerana dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH sahaja, ALLAH memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai seorang teacher. Sepanjat-panjat kesyukuran saya hanya layak kepada ALLAH kerana saya yakin ada insan lain yang mungkin tidak lulus ujian semasa ujian kelayakan guru GSST diadakan November yang lalu. Kepada mereka yang tidak lulus itu, teruskan lagi berusaha dengan gigih dengan membuat persediaan info-info berkaitan disamping jangan lupa untuk sentiasa berdoa ALLAH permudahkan segala urusan kita. insyaALLAH.

Terus terang saya katakan , saya bersyukur kepada ALLAH kerana saya ditempatkan di sekolah ini. Kerana, saya tidak pernah diletakkan dalam suasana masyarakat Cina yang majoriti di dalam komuniti yang pernah saya lalui sebelum ini. Dan insyaALLAH saya mendoakan saya dapat belajar sesuatu yang baru.


Namun, saya akui cabarannya tetap ada. Mengajar pelajar yang ada yang kurang memahami bahasa Melayu menjadikan kami guru-guru perlu kreatif memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan pengajaran dengan baik. InsyaALLAH cabaran ini akan saya cuba untuk mencari cara yang terbaik. Bukankah guru seharusnya menerima, walau di mana ditugaskan mengajar, guru perlu memahami suasana tempat dia mengajar dan mengadunkan cara terbaik agar pelajar dapat mengikuti dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik insyaALLAH.

Syukur juga kerana saya mempunyai rakan sekerja yang cukup cukup friendly. Berkongsi cerita senior-junior. Dan Alhamdulillah juga kerana semasa saya ditempatkan, bersama rakan baik saya, Rohaya , dan kami berkongsi banyak cerita mengenai pelajar.















1 comment:

  1. assalamualaikum kak yah!
    tahniah atas 1 anjakan paradigma yang baru! moga terus istiqamah! i'll waiting for your next post!

    ReplyDelete