Tuesday, February 16, 2010

The Last Lecture

Bagai dijanjikan, perkongsian kali ini adalah mengenai buku


The Last Lecture by Randy Paush.

Kenapa buku ini menjadi pilihan ???

Pada mulanya, tercetusnya nama buku ini setelah membuat perkongsian tentang seorang insan yang diuji ALLAH dengan suatu penyakit. Hakikatnya , saya tidak langsung mengenali insan ini. Tetapi kerana suka membaca blog-blog orang lain maka saya terhubung dengan blog insan ini. Kerana kisah insan ini turut termuat di dalam blog kakak ipar saya, dan sahabat yang saya kenali ketika bercuti di UK maka saya tiba-tiba menyelusuri kisah seorang insan yang diuji ALLAH dengan penyakit barah.

Syukur dengan nikmat Islam dan nikmat Iman, saya melihat akan ketabahan seorang yang diberi ALLAH nikmat Islam dan nikmat Iman di dalam dirinya, maka persepsi dirinya terhadap ujian penyakit barah yang ALLAH berikan ini cukup berbeza dengan mereka yang sukar menerima ujian ALLAH dengan redha.


boleh layari blog miliknya : http://masafzal.blogspot.com/

Doa saya untuknya moga ALLAH memelihara keimanannya tetap utuh kepada ALLAH walau rintangan bagaimana sekalipun datang melanda...
Doa itu juga saya panjatkan untuk diri saya , sahabat-sahabat saya dan semua muslimin dan muslimat

Akhirnya , dengan ini saya akui. Hakikat pentas dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Dan ALLAH berhak untuk menguji kita dengan pelbagai cara .


Berbalik buku yang saya baca... hakikatnya saya tidak sempat untuk menghabiskan buku itu... Kerana buku itu bukan milik saya. Perlu dipulangkan sebelum abang dan keluarga bertolak ke Penang asar tadi. Jadi, dengan kudrat yang ada, saya membaca buku itu.



The Last Lecture by Randy Pausch


Penulis , Randy Paush seorang pensyarah komputer dikesan dengan penyakit barah pankreas (pancreatic cancer). Dan berada pada tahap akhir barahnya. Doktor memberi tempoh dia akan berada dalam keadaan sihat selama 5-6 bulan tempoh yang diberikan. Penulis sangat menyayangi keluarganya dan mengharapkan novelnya dan ceramahnya akan diabadikan untuk tatapan anak-anaknya yang masih kecil itu.

ini blognya : http://www.thelastlecture.com/

Saya sebelum ini tidak begitu ambil kisah tentang insan yang diuji dengan penyakit-penyakit begini. Mungkin juga sebelum ini, saya tidak mempunyai kenalan yang diuji ALLAH dengan penyakit barah. Masih saya teringat, cikgu BM di sekolah saya yang dikesan barah payudara tetapi itu pun saya hanya sempat menziarahinya sekejap sahaja, sebelum ALLAH memanggilnya. Kemudian, sepupu yang juga ALLAH uji dengan penyakit barah juga. Tetapi agak lewat dikesan dan sekali lagi saya kehilangan sebelum sempat saya mendampinginya. Dengan membaca kisah-kisah begini membuatkan saya beringat akan nikmat kesihatan yang ALLAH berikan ini. Benarlah pesanan Nabi SAW : ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...



dalam lirik Raihan juga :


DEMI MASA (RAIHAN)

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yg beriman dan yg beramal soleh

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kpd kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yg masih diberi
Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita, jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati..


Saya mengharapkan akan ada buku-buku tulisan pesakit barah yang kaya dengan iman di dalam hati dan menulis dengan persepsi yang berbeza dari kebiasaan yang kita lihat di dalam cerekarama. Kerana , jiwa yang kaya dengan iman itu redha sifatnya. Sentiasa bermohon kepada ALLAH , bermunajat kepadaNYA. Dan jiwa sebegini dapat memberikan peringatan kepada kita yang masih lagi ALLAH berikan dengan nikmat kesihatan yang baik daripadaNYA.

Moga kita juga sentiasa mengingati ALLAH walau diuji dengan kesusahan mahupun kemewahan....


No comments:

Post a Comment